Pemilihan MPP Diosis Kota-Kinabalu

DIOCESE OF KOTA KINABALU


P.O.Box 10289,88803 Kota-Kinabalu,Sabah,Malaysia



13 March 2008



Kepada : Semua Paderi Paroki dan Majlis Pastoral Paroki,Diosis Kota-Kinabalu.



Per: PEMILIHAN MAJLIS PASTORAL PAROKI (MPP)



Saya ingin merujuk kepada surat pekeliling Diosis yang bertarikh 14 Januari 2006,mengenai pemilihan Majlis Pastoral Paroki (MPP) untuk tempoh 2006-2008.



Setelah berunding dengan Majlis Pastoral DIOSIS (MPD),saya ingin mengumumkan bahawa semua MPP di diosis ini akan dibubarkan pada 1 Jun 2008,untuk memberi laluan kepada proses pemilihan.MPP yang baru akan dilantik secara resmi pada 3 Ogos 2008 untuk tempoh dua tahun sehingga ogos 2010.



sekali lagi,saya ingin menekankan tentang pentingnya kateketis dalam hal ini.Umat kita harus diberi masa dan peluang yang cukup untuk memahami peranan dan fungsi MPP dalam konteks Visi Diosis.saya mencadangkan agar katekesis itu dijalankan sepanjang dua bulan melalui beberapa sessi selepas pembubabaran MPP Jun ini.



MPD juga bercadang agar kita gunakan format yang sama seperti tahun 2006,iaitu senarai calon-calon MPP akan ditapis oleh Rektor dengan bantuan nasihat Komiti Sementera untuk membentuk MPP yang baru.



Disertakan adalah Garispanduan bagi tujuan pemilihan kali ini.Semoga Roh Kudus membimbing kita untuk mengenalpasti umat yang boleh membantu paroki-paroki kita berjalan menuju ke Visi Diosis.



Dalam Kristus,

Bishop Datuk John Lee